Sejarah penganjuran Piala_Konfederasi_FIFA

Kejohanan ini pada asalnya dianjurkan di Arab Saudi yang diberi nama Piala Raja Fahd, telah diadakan pada tahun 1992 dan 1995. Kejohanan ini disertai oleh pasukan bola sepak kebangsaan Arab Saudi dan beberapa pasukan yang menjuarai kejohanan di peringkat zon atau benua. Pada tahun 1997, FIFA telah mengambilalih kejohanan ini dan diberi nama baru iaitu Piala Konfederasi FIFA dan mengadakan kejohanan ini setiap dua tahun sekali[1]. Semenjak tahun 2005, kejohanan ini telah diadakan setiap empat tahun sekali, kebiasaanya ia diadakan pada tahun sebelum kejohanan Piala Dunia bermula dan diadakan di negara tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia tersebut.

Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini umumnya diambil daripada negara tuan rumah, juara bertahan Piala Dunia yang lalu dan enam pasukan yang menjuarai kejohanan di peringkat zon masing-masing. Dalam kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2001, disebabkan pasukan Perancis layak sebagai juara bertahan Piala Dunia FIFA 1998 dan juara UEFA Euro 2000, satu pasukan dijemput untuk memenuhkan kuota 8 pasukan.